SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Melaka Tengah. Sekolah ini dibina pada Januari 1984 di atas sebidang tanah yang keluasannya ialah 15.46 hektar melalui pinjaman dari Bank Pembangunan Asian 1. Projek ini menelan kos sebanyak RM32 juta di mana RM24 juta disalurkan untuk pembinaan bangunan dan infrastruktur dan yang selebihnya digunakan untuk membeli kelengkapan dan perkakasan sekolah. Projek ini telah berjaya disiapkan pada bulan Disember 1985 dan pengambilan pelajar bagi sesi pertama sekolah untuk jurusan vokasional telah diadakan pada 20 April 1986.

Sejak pembukaan sekolah ini, banyak perubahan telah berlaku. Pada tahun 1988, Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) telah digantikan dengan Sijil Pelajaran Malaysian Vokasional (SPMV). Perubahan ini telah memberi peluang kepada pelajar vokasional untuk melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi seperti Politeknik. Dalam tahun yang sama, kursus sijil asas kemahiran juga diperkenalkan bertujuan untuk melengkapkan pelajar vokasional dengan kemahiran yang sewajarnya untuk memenuhi permintaan pasaran industri.

Pada tarikh 1hb Disember 1995, Sekolah Menengah Vokasional ini secara rasminya telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik dengan menawarkan aliran baru iaitu teknik dan masih mengekalkan aliran vokasionalnya. Semenjak penukaran ini, kursus sijil asas kemahiran tidak lagi ditawarkan kepada pelajar baru sesi-sesi seterusnya.

Kini, Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah mempunyai seramai 1171 orang pelajar yang sedang mengikuti pelbagai kursus aliran teknik dan vokasional, manakala staf akademiknya telah menjangkau seramai 110 orang. Selain daripada pencapaian keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sekolah ini juga melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ko-kurikulum sehingga pelajarnya dipilih untuk mewakili daerah, negeri dan kebangsaan dalam acara-acara yang dianjurkan.

LOGO


 
USAHA YAKIN JAYA 


Lokasi SekolahPDFPrintE-mail
Written by Administrator   
SATURDAY, 15 MAY 2010 15:31

View Sekolah Menengah Teknik Melaka Tengah in a larger map

GPS: 02° 14' 08", 102° 18' 00""